5 manfaat kerap bersenam

Senaman bermaksud pergerakan yang membuatkan otot-otot anda berfungsi dan memerlukan badan anda untuk membakar kalori.

Fungsi senaman tidak terhad kepada untuk menurunkan berat badan sahaja kerana ia lebih daripada itu. 

Senaman terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain, baik dari segi fizikal mahupun mental. Malah, senaman yang dilakukan secara  teratur boleh membantu anda hidup dengan lebih lama! 

  1. Senaman boleh menggembirakan anda

Senaman telah terbukti berkesan untuk beri ‘mood’ baik sekaligus mengurangkan tekanan perasaan. 

Hal ini kerana senaman menyebabkan perubahan pada bahagian otak yang mengawal stres dan perasaan gelisah (anxiety). Senaman juga mampu menambah tahap sensitif otak terhadap hormon ‘serotonin’ dan ‘norepinephrine’ yang melegakan perasaan tertekan.

senaman juga dapat meningkatkan pengeluaran endorfin, yang diketahui dapat membantu menghasilkan perasaan positif dan mengurangkan persepsi perasaan sakit.

Apa yang lebih menarik, ‘mood’ baik yang akan dialami keson daripada senaman tidak dipengaruhi oleh tahap intensiti senaman fizikal anda. Ini bermakna anda tidak perlu untuk lari dengan laju atau angkat beban yang sangat berat di gym untuk memperbaik ‘mood’ anda.

  1. Baik untuk otot dan tulang

Senaman memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan otot dan tulang yang kuat. Aktiviti fizikal seperti mengangkat berat dapat merangsang pembinaan otot apabila anda data memastikan pengambilan protein yang mencukupi.

Hal ini kerana senaman membantu untuk membebaskan hormon yang meningkatkan kemampuan otot anda menyerap asid amino; sekaligus membantu otot untuk tumbuh disamping mengurangkan kerosakan otot. 

Kita cenderung untuk mengalami penyusutan jisim dan fungsi otot seiring dengan usia, yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kecacatan.

Mempraktikkan aktiviti fizikal dengan kerap adalah mustahak untuk mengurangkan penyusutan otot dan mengekalkan kekuatan walaupun umur semakin meningkat.

Senaman juga membantu membina kepadatan tulang ketika anda masih muda, selain membantu mencegah osteoporosis di kemudian hari.

  1. Mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik

Tahukah anda kurang melakukan senaman adalah penyebab utama penyakit kronik?

 Senaman yang kerap telah terbukti dapat meningkatkan kepekaan insulin, kecergasan kardiovaskular dan memperbaik komposisi badan, disamping menurunkan tekanan darah dan kadar lemak di dalam darah.

Sebaliknya, kurangnya senaman secara teratur; walaupun dalam jangka masa yang pendek boleh menyebabkan peningkatan lemak pada bahagian perut yang ketara; yang meningkatkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2, penyakit jantung dan kematian awal.

Oleh itu, aktiviti fizikal yang dilakukan secara kerap sangat disarankan untuk mengurangkan lemak perut dan mengurangkan risiko terkena penyakit-penyakit lain.

  1. Meningkatkan tahap Kesihatan otak dan memori

Senaman dapat meningkatkan fungsi otak dan mengekalkan ingatan dan kemahiran berfikir.

Sebagai permulaan, penting untuk anda tahu bahawa senaman meningkatkan kadar degupan jantung, yang mendorong kepada pertambahan pengaliran darah dan oksigen ke otak.

Senaman juga dapat merangsang pengeluaran hormon yang dapat meningkatkan pertumbuhan sel otak.

Selain itu, kemampuan senaman yang mampu untuk mencegah penyakit kronik dapat diterjemahkan kepada manfaatnya kepada otak anda, kerana fungsi otak boleh dipengaruhi oleh penyakit-penyakit ini.

Aktiviti fizikal yang teratur sangat penting kepada orang dewasa yang lebih berusia kerana faktor penuaan, tekanan dan keradangan oksidatif — semuanya mendorong kepada perubahan struktur dan fungsi otak.

Senaman telah terbukti dapat menukar saiz hipokampus, bahagian otak yang penting untuk ingatan dan pembelajaran agar menjadi bertambah besar. Hal Ini dapat meningkatkan fungsi mental dalam kalangan orang yang lebih berusia.

  1. Senaman membantu mengurangkan berat badan

Beberapa kajian telah pun menunjukkan bahawa kehidupan yang tidak aktif adalah faktor utama peningkatan berat badan dan kegemukan.

Untuk memahami kesan latihan fizikal kepada penurunan berat badan, penting untuk anda memahami hubung kait di antara senaman dan bagaimana tenaga digunakan.

Tubuh anda menggunakan tenaga melalui tiga cara: pencernaan makanan, bersenam dan mengekalkan fungsi badan seperti mengepam jantung dan bernafas.

Semasa berdiet, pengambilan kalori yang dikurangkan akan menurunkan kadar metabolisma anda, yang akan melambatkan penurunan berat badan. Sebaliknya, senaman secara teratur telah terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma anda, yang akan membakar lebih banyak kalori dan membantu anda menurunkan berat badan.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa menggabungkan senaman aerobik (berjalan, jogging) dengan senaman ketahanan (angkat berat) dapat memaksimumkan pembuangan lemak dan mengekalkan jisim otot; yang penting untuk menurunkan berat badan dengan efektif.