5 kebaikan berpuasa
Memang nak dekat raya dah sekarang ni, lagi berapa hari je lagi. So alang-alang nak kuatkan motivasi korang so that berpuasa penuh, ni kami nak share 5 manfaat korang berpuasa. Pahala dapat, menfaat kesihatan pun dapat.
1. Mengawal gula dalam darah dengan mengurangkan ketahanan insulin
Penurunan daya tahan insulin dapat meningkatkan kepekaan tubuh anda terhadap insulin, yang membolehkan badan mengangkut glukosa dari aliran darah ke sel anda dengan lebih berkesan.
Ditambah dengan potensi efek penurunan gula darah dalam berpuasa, hal ini membantu menjaga gula darah agar tetap stabil; mencegah lonjakan dan penurunan kadar gula darah anda.
2. Melawan keradangan badan (inflammation)
Walaupun keradangan akut seperti demam, selesema dan sebagainya adalah proses imun yang biasa badan kita gunakan untuk membantu melawan jangkitan, keradangan kronik boleh membawa akibat yang serius pada kesihatan anda.
keradangan kronik boleh mengakibatkan penyakit jantung, barah dan rheumatoid arthritis (keradangan sendi).
Kajian mendapati bahawa puasa dapat membantu menurunkan tahap keradangan dan membantu meningkatkan kesihatan yang lebih baik.
3. Meningkatkan rembesan hormon pertumbuhan (growth hormone)
Hormon pertumbuhan manusia (Human Growth Hormone, HGH) adalah sejenis hormon protein yang penting dalam banyak aspek kesihatan anda.
Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa hormon utama ini terlibat dalam pertumbuhan, metabolisme, penurunan berat badan dan kekuatan otot.
kajian turut mendapati bahawa puasa dapat meningkatkan kadar HGH secara semula jadi.
4. Boleh Melambatkan Penuaan
Beberapa kajian terhadap haiwan mendapati terdapat keputusan yang menakjubkan terhadap jangka hayat saiwan kesan daripada berpuasa.
Dalam satu kajian, tikus yang berpuasa mengalami kadar penuaan yang perlahan dan hidup 83% lebih lama daripada tikus yang tidak berpuasa.
5. Membantu Menurunkan Berat Badan
Beberapa penyelidikan mendapati puasa dalam jangka masa yang pendek dapat meningkatkan metabolisme dengan meningkatkan tahap neurotransmitter norepinefrin; yang dapat meningkatkan penurunan berat badan.
Di samping itu, puasa didapati lebih berkesan berbanding menyekat pengambilan kalori untuk mengurangkan lemak badan dan pada masa yang sama, dapat mengekalkan tisu otot di dalam badan.