Apa itu BCAA?

Rasanya ramai dah tahu fungsi BCAA tapi diam tak diam ramai lagi yang tak tahu. Penting ke nak ambil BCAA ni sebagai makanan tambahan? Apa lagi kebaikan lain?

BCAA merupakan singkatan kepada ‘Branched-Chain Amino Acids’. Ia biasanya diambil sebagai makanan tambahan (supplements) kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya.

BCAA merupakan sekumpulan amino asid penting iaitu Leucine, Isoleucine dan Valine.

Makanan tambahan BCAA diambil bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan otot dan juga prestasi senaman.

Bagaimana BCAA berfungsi?

  1. Bantu kurangkan rasa letih semasa bersenam

Hal ini kerana BCAA mengurangkan pengeluaran serotonin di otak anda.

Ini bukan sahaja terbukti bagi mereka yang selalu bersenam, BCAA turut berkesan terhadap mereka yang jarang bersenam.

2. Mengurangkan sakit otot selepas bersenam

BCAA menurunkan tahap darah enzim creatine kinase dan lactate dehydrogenase yang menyebabkan kerosakan otot. Hal ini dapat meningkatkan pemulihan dan memberikan perlindungan dari kerosakan otot.

3. Bantu besarkan otot

BCAA mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk bina otot.

Ia juga mungkin berkesan untuk meningkatkan jisim otot, terutamanya jika makanan tambahan BCAA tersebut mengandungi jumlah Leucine yang lebih tinggi berbanding Isoleucine dan Valine.

4. Boleh menurunkan tahap gula darah

Leucine dan Isoleucine dianggap mampu meningkatkan rembesan insulin dan menyebabkan otot mengambil lebih banyak gula dari darah, yang menyebabkan penurunan kadar gula dalam darah anda.

5. Boleh merangsang penurunan berat badan

Kajian mendapati mereka yang mengambil purata 15g BCAA setiap hari mempunyai 30% risiko lebih rendah untuk berlebihan berat badan atau gemuk daripada mereka yang mengambil purata 12 gram sehari.

Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, BCAA dapat membantu tubuh anda membuang lemak yang tidak diingini dengan lebih berkesan.