5 habit waktu pagi yang bantu anda kurus
1. Makan sarapan berprotein tinggi
Sarapan yang berprotein tinggi mampu mengurangkan keinginan makan selepas makan dengan lebih berkesan daripada sarapan biasa.
Hal ini kerana ia dapat membantu mengurangkan ‘craving’ seterusnya mengurangkan berat badan.
Protein juga dapat membantu menurunkan berat badan dengan menurunkan tahap ghrelin, “iaitu hormon lapar” yang bertanggung jawab untuk meningkatkan selera makan.
Sebagai panduan asas anda, pertimbangkan untuk ambil sumber protein seperti telur, greek yoghurt, keju kotej, kacang dan chia seeds.
2. Minum banyak air
Memulakan pagi anda dengan satu atau dua gelas air adalah cara mudah untuk meningkatkan penurunan berat badan.
Air dapat membantu meningkatkan penggunaan tenaga anda, atau jumlah kalori yang dibakar oleh badan anda, sekurang-kurangnya untuk 60 minit.
Minum air yang mencukupi juga boleh mengurangkan selera makan bagi sebilangan individu. kebanyakan kajian juga menunjukkan bahawa minum 1-2 liter air sehari dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Buat senaman mudah
Melakukan aktiviti fizikal pada waktu pagi dapat membantu meningkatkan penurunan berat badan.
Hal ini bersenam pada waktu pagi dikaitkan dengan tahap rasa kenyang yang lebih tinggi.
Bersenam pada waktu pagi juga dapat membantu mengekalkan tahap gula dalam darah sepanjang hari. Tahap gula dalam darah yang rendah boleh mengakibatkan banyak gejala negatif, termasuk rasa lapar yang berlebihan.
4. Amalkan ‘mindfulness’
Mindfulness adalah amalan yang melibatkan memberi tumpuan sepenuhnya pada masa sekarang dan sedar sepenuhnya tentang pemikiran dan perasaan anda.
Amalan ini terbukti dapat meningkatkan pengurangan berat badan dan menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat.
Analisa terhadap 19 kajian mendapati bahawa intervensi yang berkaitan dengan mindfulness meningkatkan penurunan berat badan dan mengurangkan tabiat pemakanan yang berkaitan dengan obesiti.
Cara untuk mempraktikkannya pun mudah. Sebagai permulaan, cuba luangkan lima minit setiap pagi dengan duduk dalam keadaan selesa di tempat yang tenang dan berhubung dengan deria anda.
5. Mula pantau pengambilan makanan anda
Menyimpan diari pemakanan untuk mengesan apa yang anda makan boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk membantu meningkatkan penurunan berat badan dan membuat diri anda bertanggungjawab.
Satu kajian menunjukkan bahawa peserta yang selalu menggunakan sistem untuk memantau diet dan senaman mereka menurunkan berat badan lebih banyak daripada mereka yang tidak menggunakan sistem pengesanan.
Cuba gunakan aplikasi atau mulakan dengan sebatang pen dan kertas untuk merekod apa yang anda makan dan minum, bermula dengan sarapan anda.