9 tips mudah jadikan diet lebih sihat
Selalunya diet yang sihat ni memerlukan anda melakukan perubahan yang besar dan ini mungkin membebankan anda; yang mengakibatkan ramai orang susah nak diet.
Sebab itulah amat disarankan agar anda membuat perubahan-perubahan kecil untuk memudahkan anda berdiet; antaranya adalah:
- Makan secara perlahan
Tahap kelajuan anda makan mempengaruhi jumlah makanan yang dimakan, yang mana mengakiibatkan pertambahan berat badan.
kajian yang membandingkan kelajuan pemakanan yang berbeza menunjukkan mereka yang makan dengan cepat mempunyai 115% kebarangkalian untuk lebih gemuk daripada mereka yang makan dyngan lambat.
2. Pilih roti yang kaya dengan bijirin- bukan roti putih
Anda boleh jadikan diet anda jauh lebih sihat dengan menukar roti putih biasa dengan roti bijirin (whole-grained bread) kerana terdapat banyak kebaikan, termasuklah pengurangan risiko diabetes jenis 2, penyakit jantung dan barah.
3. Makan telur, terutamanya ketika sarapan
Makan telur pada waktu pagi meningkatkan rasa kenyang. Hal Ini seterusnya menyebabkan onda mengambil kalori dengan lebih sedikit dalam tempoh 36 jam berikutnya, yang membantu mengurangkan berat badan.
4. Tingkatkan pengambilan protein anda
Protein berkemampuan untucksk mempengaruhi hormon yang beri anda rasa lapar dan kenyang, ia merupakan makronutrien yang paling kenyang.
protein juga membantu anda mengekalkan jisim otot, yang menentukan kadar metabolisme anda.
5. Cuba satu resipi sihat yang baru setiap minggu
Kadangkala agar sugar untuk memilih apa yang perlu dan boleh dimakan ketika sedang mengamalkan diet yang sinat, yang mengakibatkan kita memilih untuk makan masakan yang sama berulang kali.
Ini menyebabkan anda bosan dan kemungkinan anda cenderung untuk hidak makan secara sihat. Sebaliknya, cuba untuk tukar resipi sihat sekurang kurangnya seminggu sekali agar diet anda tyda bosan.
6. Makan sayur terlebih dahulu
Kaedah yang terbaik untuk memastikan anda makan sayur sayuran adalah dengan memakannya sebagai permulaan.
Dengan berbuat demikian, anda akan menghabiskan semua sayur-sayuran anda semasa anda dalam keadaan paling lapar yang membuatkan anda makan lebih sedikit komponen makanan lain yang berkemungkinan kurang sihat.
7. Jadi lebih aktif
Selain menguatkan otot dan tulang, senaman dapat membantu menurunkan berat badan, meningkatkan tahap tenaga, mengurangkan risiko penyakit kronik dan memperbaik kualiti tidur anda.
8. Kerap memasak di rumah
Dengan memasak makanan anda sendiri, anda tidak perlu ragu sekiranya ada kandungan makanan tidak sihat atau berkalori tinggi yang tersembunyi.
Memasak di rumah juga terbukti dapat mengurangkan risiko kenaikan berat badan yang berlebihan, terutamanya di kalangan kanak-kanak.
9. Dapatkan tidur yang berkualiti
Kurang tidur menyebabkan gangguan selera makan yang sering menyebabkan kita senang lapar, seterusnya mengakibatkan peningkatan pengambilan kalori dan kenaikan berat badan.
Kurang tidur juga memberi kesan negatif kupada produktiviti, tahap kecergasan, metabolisma glukosa dan fungsi imun badan.