5 manfaat ambil protein
kesan pengambilan lemak dan karbohidrat selalu dipertikaikan; tapi kebanyakan orang bersetuju yang pengambilan protein sangatlah penting.
Antara kebaikannya adalah;
- Kurangkan rasa lapar
Kajian menunjukkan setakat ini, protein adalah sumber makanan yang paling cepat kenyang; seterusnya membuatkan anda kurang makan.
Hal ini kerana protein mengurangkan hormon lapar yang dikenali sebagai Ghrelin. Ia juga meningkatkan pepita YY, hormon yang memberi anda rasa kenyang.
- Meningkatkan jisim & kekuatan otot
Fungsi protein adalah untuk membentuk otot anda. Jadi, pengambilan protein yang secukupnya (atau lebih) sangat perlu untuk menambahkan otot dan juga kekuatan anda
- Meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak
Pengambilan protein yang tinggi terbukti dapat meningkatkan metabolisma dan meningkatkan jumlah kalori yang anda bakar; lebih 80-100 kalori sehari!
Protein juga boleh meningkatkan metabolisma anda, lebih dari pengambilan karbohidrat dan lemak.
- Membantu mengekalkan penurunan berat badan
Jika anda sudah berjaya menurunkan berat badan, taniah. Tapi umum tahu untuk ‘maintain’kan berat badan itu yang susah. Protein sangat bagus untuk terus kekalkan berat badan agar tidak naik kembali.
Hal ini kerana diet yang tinggi dengan protein meningkatkan metabolisma dan seterusnya menyebabkan pengurangan pengambilan kalori secara automatik.
- Mengekalkan tahap kecergasan anda seiring usia
Makan banyak protein dapat membantu mengurangkan ‘muscle loss’ yang berkaitan dengan penuaan. Semestinya anda mahu kekal awet muda bukan?